
Beliau berkata, KDN juga sedang mengenal pasti jumlah sebenar dan lokasi kanak-kanak berkenaan, sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang khusus dalam penjagaan kanak-kanak.
“KSU (Ketua setiausaha) telah diarahkan ‘to keep the ball rolling’ (meneruskan perancangan itu). Biar mereka buat kerja mereka dahulu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Pada 15 Feb lalu, Saifuddin dilaporkan berkata pihaknya serius menguruskan kebajikan kanak-kanak di depot berkenaan selepas ia mendapat perhatian aktivis hak asasi manusia serta badan antarabangsa, dan perbincangan dengan beberapa kumpulan, termasuk NGO untuk pelaksanaannya.
Mengulas acara pembukaan sebuah bar di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini, Saifuddin berkata, penganjuran sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan keresahan orang awam semasa Ramadan tidak wajar.
Beliau berkaa, kelulusan penganjuran acara itu yang membabitkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand dan berpakaian wanita akan dikenal pasti dahulu, sebelum pihaknya mengambil tindakan.
“Jelas kita memasuki ambang Ramadan, seeloknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan kerana akan mewujudkan keresahan. (Kita)…kena ada (sikap) saling menghormati.”
Premis itu menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial yang menampilkan pelayan lelaki dikenali sebagai “Thai Hot Guy” dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia.