
“Dari segi bertanding, saya tidak lagi memainkan peranan penting,” katanya kepada FMT apabila ditanya sama ada beliau bercadang bertanding dalam PRN sebagai calon bebas atau atas tiket parti lain.
Zuraida berkata demikian selepas menghadiri majlis Hari Wanita Antarabangsa anjuran Institut Wanita Berdaya.
Bekas menteri persekutuan itu berkata, buat masa ini, tumpuannya untuk membantu NGO Muafakat Nasional – yang disertainya Disember lalu – bagi mendapatkan dana.
Zuraida dipecat Parti Bangsa Malaysia (PBM), bersama 10 individu lain Disember lalu, selepas gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti itu.
Bekas Ahli Parlimen tiga penggal itu bertanding sebagai calon PBM pada PRU15 dalam usaha mempertahankan kerusinya, tetapi tewas kepada Rodziah Ismail dari Pakatan Harapan dalam pertembungan sembilan penjuru.
Zuraida kemudiannya menyertai Muafakat Nasional, NGO yang diketuai Annuar Musa, dan dilantik sebagai timbalan presidennya Januari lalu.
Awal bulan ini, Zuraida dilaporkan berkata, beliau akan menyokong PN dalam enam PRN – yang mungkin diadakan pertengahan tahun ini – susulan kerjasama PH dan Barisan Nasional dalam kerajaan perpaduan.