
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.
Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pt Yaani, Parit Raja (678 orang) diikuti Dewan Parit Senah, Sri Medan (671) dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman (552).
Tiga kawasan masih berada di tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.08 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.23 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.32 meter).
Keadaan cuaca diramalkan cerah di enam daerah kecuali Johor Bahru, Muar dan Segamat yang dijangka mendung manakala Batu Pahat diramalkan hujan.