Ahli Parlimen gesa henti konsortium monopoli projek selenggara jalan

Ahli Parlimen gesa henti konsortium monopoli projek selenggara jalan

Hassan Karim berkata projek menyelenggara jalan perlu diberikan melalui tender terbuka.

Hassan Abdul Karim berkata ada baiknya prosedur pembatalan Proklamasi Darurat dan ordinan itu kita buat mengikut proses sewajarnya dan undang-undang yang betul dan tertib. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen PKR menggesa kerajaan tidak lagi membiarkan syarikat besar memonopoli projek penyelenggaraan jalan yang disifatkannya langkah tidak sihat.

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, projek menyelenggara jalan perlu diberikan melalui tender terbuka.

“Syarikat konsortium saja yang memonopoli projek tender naik taraf dan baiki serta selenggara jalan di beberapa negeri tertentu, khususnya Johor, saya percaya amalan tidak sihat ini perlu dihentikan.

“Satu (buat) tender terbuka, beri peluang kepada syarikat lain. Jangan (biar) konsortium terus memonopoli, ini tak baik,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempersoalkan jika kerajaan berpuas hati dengan kontraktor menyelenggara jalan di lebuh raya memandangkan perbelanjaan berbilion ringgit diperuntukkan setiap tahun.

“Kerajaan keluarkan peruntukan, tapi pada akhirnya yang melaksanakan naik taraf jalan raya itu kontraktor di kawasan tempatan.

“Soalnya, adakah pemantauan dijalankan, saya merujuk (keadaan) di Pasir Gudang. Adakah kementerian puas hati dengan kontraktor yang menjalankan kerja selenggara jalan, akhirnya jumlah yang kerajaan peruntukan bagi membaiki, naik taraf lebuh raya di seluruh negara ini berbilion ringgit.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.