
PETALING JAYA: Mohd Nazifuddin Najib berjaya memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pada pemilihan Umno hari ini.
Keputusan tidak rasmi itu diumumkan oleh Umno Online yang menyiarkan keputusan pemilihan itu secara langsung.
Anak bekas perdana menteri, Najib Razak menewaskan pencabarnya yang juga bekas timbalan ketua Umno Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.
Mohd Nazifuddin turut menawarkan diri merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno dalam pemilihan kali ini tetapi tewas.
Jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi kosong sebelum pemilihan kali ini selepas penyandangnya, Nawawi Ahmad meninggal dunia.