Siti Kasim selar peguam ‘malas’ selepas AGM Majlis Peguam tak cukup korum

Siti Kasim selar peguam ‘malas’ selepas AGM Majlis Peguam tak cukup korum

Peguam dan juga aktivis itu berkata peguam yang tidak hadir tiada hak untuk mengadu mengenai Majlis Peguam.

Siti Kasim berang selepas tidak ramai peguam hadir ke mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam.
PETALING JAYA:
Siti Kasim menyelar segelintir peguam sebagai “malas” selepas mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam yang dijadual pagi ini terpaksa dilewatkan kerana tidak cukup korum.

Dalam satu video di media sosial peguam dan juga aktivis itu berang selepas beliau terpaksa mendaftar dua kali di mesyuarat itu.

Siti berkata, mesyuarat itu hanya memerlukan kehadiran 500 peguam untuk mencukupkan syarat. Katanya, di Kuala Lumpur sahaja terdapat kira-kira 9,000 peguam.

“Saya mahu bertanya kepada semua peguam malas ini yang langsung tidak ambil kisah untuk datang ke mesyuarat agung yang diadakan hanya setahun sekali ini, di mana kamu semua?,” katanya.

Katanya, peguam yang tidak datang ke mesyuarat itu tiada hak untuk mengadu mengenai Majlis Peguam.

Sementara itu, seorang peguam yang menghadiri mesyuarat tersebut memberitahu FMT, mesyuarat itu dijadualkan bermula pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, kerana tidak cukup korum selepas hanya 276 peguam yang hadir acara itu ditangguhkan sampai jam 12.15 tengah hari.

“Bagaimanapun, mengikut Seksyen 64(5) Akta Profesion Undang-Undang, kami dibenarkan mengadakan mesyuarat agung walaupun kurang 500 yang hadir,” katanya yang enggan dikenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.