Jangan buat kenyataan sentuh sensitiviti kaum, agama, KPN beri amaran

Jangan buat kenyataan sentuh sensitiviti kaum, agama, KPN beri amaran

Acryl Sani Abdullah Sani berkata tindakan tegas akan diambil kepada pihak cuba menjejaskan keharmonian.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya memantau rapi keselamatan semasa dan memberi komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan berterusan.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian.

Acryl Sani berkata, pihaknya memantau rapi keselamatan semasa dan memberi komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan berterusan.

“Masyarakat dinasihat tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum atau membangkitkan kegusaran awam.

“Pihak yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tindakan sedemikian boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran jangan “menghangatkan suhu” kaum atau agama, dengan menyatakan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan usaha seperti itu.

Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada terhadap sebarang usaha ke arah itu dan ia tidak sama sekali akan diizinkan berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.