
Fuziah memberitahu Dewan Rakyat bahawa pasukan khas itu tidak memberi kesan kepada kadar inflasi.
“Jadi kita tidak teruskan mesyuarat, lagipun tidak efektif mesyuarat dua kali seminggu ini,” katanya, menjawab pertanyaan Tan Kar Hing (PH-Gopeng).
Pasukan itu ditubuhkan untuk merumuskan strategi menangani inflasi dan kenaikan harga barang.
Ia dianggotai oleh menteri komunikasi dan multimedia ketika itu, Annuar Musa, Tengku Zafrul Aziz (menteri kewangan), Ronald Kiandee (menteri pertanian dan industri makanan), Alexander Nanta Linggi (menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna), Mustapa Mohamed (menteri hal ehwal ekonomi), dan Ketua Setiausaha Zuki Ali.
Pasukan itu dikritik kerana dikatakan gagal menangani kenaikan kos sara hidup.