Mangsa banjir Johor berkurang 28,000

Mangsa banjir Johor berkurang 28,000

Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara beroperasi.

Dengan ramalan cuaca cerah di semua 10 daerah di Johor, ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan paras air banjir makin surut. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Situasi banjir di dua daerah di Johor semakin menunjukkan tanda positif dengan jumlah mangsa semakin berkurangan kepada 28,008 orang setakat 8 malam ini berbanding 29,063 orang direkodkan pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dalam kenyataan berkata Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

“Batu Pahat merupakan daerah mempunyai mangsa paling ramai iaitu 27,964 orang daripada 7,924 keluarga diikuti Segamat dengan 44 orang daripada 14 keluarga,” menurut JPBN.

JPBN berkata, tiada sungai di negeri itu direkodkan di paras bahaya.

Dengan ramalan cuaca cerah di semua 10 daerah di Johor, ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan paras air banjir makin surut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.