Jawatankuasa Kabinet atasi kesesakan lalu lintas ditubuh, kata Loke

Jawatankuasa Kabinet atasi kesesakan lalu lintas ditubuh, kata Loke

Menteri pengangkutan berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan mesyuarat pertamanya diadakan pada April.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui bahawa kesesakan lalu lintas menjejaskan produktiviti orang ramai. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Kabinet bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata, jawatankuasa Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada April.

Tambahnya, ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani kesesakan lalu lintas.

“Jawatankuasa ini akan terdiri daripada pelbagai kementerian dan akan meneliti langkah lebih komprehensif (untuk menangani kesesakan lalu lintas),” katanya.

“Pengangkutan awam diberi keutamaan dan kami akan terus meningkatkan serta membangunkan rangkaian pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang media selepas pelancaran MRT laluan Putrajaya oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Anwar berkata, pengangkutan awam akan diberi keutamaan dalam bajet tahunan persekutuan akan datang, sambil menambah Belanjawan 2023 lebih memfokuskan kepada pendidikan dan kesihatan.

Perdana menteri mengakui kesesakan lalu lintas menjejaskan produktiviti orang ramai.

MRT laluan Putrajaya, adalah laluan kedua dibuka sepenuhnya pada jam 3 petang. Laluan MRT dan bas pengantara ke lokasi akan disediakan secara percuma sehingga 31 Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.