Anifah Aman bakal dilantik senator

Anifah Aman bakal dilantik senator

Pelantikan presiden Parti Cinta Sabah itu dipercayai atas saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bekas menteri luar Anifah Aman dijangka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara Isnin ini. (Gambar Bernama)

Petaling Jaya: Bekas menteri luar Anifah Aman bakal dilantik sebagai senator dan dijangka mengangkat sumpah di Dewan Negara Isnin ini.

Menurut laporan Daily Express, presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berusia 69 tahun itu dilantik sebagai senator bagi penggal tiga tahun.

Pelantikan Anifah dipercayai dibuat atas saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR.

PCS tidak bertanding pada PRU15 lalu dan Anifah aktif berkempen untuk calon PH di Sabah.

Anifah yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis, pernah bersama Umno sebelum keluar parti pada September 2018 susulan penampilan suram parti itu pada PRU14.

Beliau baru-baru ini dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebagai penasihat khas perhubungan antarabangsa dan pelaburan asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.