KPDN cadang wujud insurans, pinjaman kenderaan bagi B40

KPDN cadang wujud insurans, pinjaman kenderaan bagi B40

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengadakan beberapa libat urus dengan institut perbankan dan syarikat insurans bagi memperhaluskan inisiatif itu.

Salahuddin Ayub berkata pinjaman dan insurans Rahmah bertujuan membantu rakyat hanya mampu membeli kereta terpakai. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan pembelian kenderaan dan insurans bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mengadakan beberapa libat urus dengan institut perbankan dan syarikat insurans bagi memperhalusi inisiatif itu.

“Insya Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka,” katanya selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya di Mydin Subang Jaya.

Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz untuk menyuarakan hasratnya menemui tokoh perbankan.

Katanya, Zafrul yang juga bekas menteri kewangan memberi pandangan positif terhadap konsep itu serta bersedia memberi kerjasama bagi menjayakannya.

Sementara itu, Salahuddin mengucapkan terima kasih kepada Mydin kerana membantu KPDN menjayakan konsep Payung Rahmah yang dimulakan dengan Menu Rahmah dan kini menampilkan Jualan Rahmah menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.