Ketua polis KL dilantik pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Ketua polis KL dilantik pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Jawatan itu kosong susulan persaraan Pengarahnya, Zaini Jass pada 9 Mac lalu.

Pelantikan Azmi Abu Kassim untuk mengetuai Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuat kuasa 17 April ini.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dilantik sebagai pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Bukit Aman dalam kenyataan berkata, pelantikan Azmi berkuat kuasa 17 April ini.

Jawatan itu kosong susulan persaraan Pengarahnya, Zaini Jass pada 9 Mac lalu.

Semalam, FMT melaporkan kenaikan pangkat Azmi dibincangkan Suruhanjaya Pasukan Polis dalam mesyuarat baru-baru ini.

FMT difahamkan Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain yang bersara hari ini, mungkin dilanjutkan kontrak untuk membolehkan beliau menggantikan Acryl Sani Abdullah Sani.

Sumber dilaporkan berkata, Razarudin menjadi pilihan untuk menggantikan Acryl Sani sebagai ketua polis negara apabila kontraknya tamat Oktober ini.

Sumber itu berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis turut membincangkan kenaikan pangkat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay untuk mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.