Naikkan pencen pesara GLC RM500 sebulan, pembangkang beritahu kerajaan

Naikkan pencen pesara GLC RM500 sebulan, pembangkang beritahu kerajaan

Ada dalam kalangan pesara GLC seperti TNB, KTMB, Telekom dan Pos Malaysia hanya menerima pencen kurang RM200 sebulan.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli berkata ada dalam kalangan pesara GLC hanya menerima pencen kurang RM200 sebulan.
KUALA LUMPUR:
Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan kerajaan menaikkan kadar pencen pesara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak kurang daripada RM500 sebulan.

Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) berkata, ada dalam kalangan pesara GLC seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Telekom Malaysia Berhad dan Pos Malaysia hanya menerima pencen kurang RM200 sebulan.

“Saya ingin merujuk isu berkait kadar pencen rendah pesara agensi kerajaan yang diswastakan pada tahun 80-an dan 90-an. Pesara syarikat GLC seperti TNB, Telekom, Pos, KTMB dan lain-lain menerima bayaran pencen rendah.

“Ramai dalam kalangan mereka hanya menerima jumlah pencen amat sedikit iaitu bawah RM200 sebulan. Saya pohon kerajaan pertimbangkan untuk menambah kadar bayaran pencen bulanan mereka kepada sekurangnya RM500 sebulan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Hassan berkata, ada pesara GLC terpaksa bergantung kepada sumber pendapatan lain untuk meneruskan kehidupan kerana bayaran pencen diterima tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.