Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang Oscar

Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang Oscar

Anak kelahiran Ipoh itu memenangi anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik menerusi filem 'Everything Everywhere All at Once'.

Michelle Yeoh memenangi Oscar sebagai Pelakon Utama Wanita Terbaik, menewaskan Cate Blanchett, Ana de Armas, Andrea Riseborough, dan Michelle Williams.(Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Michelle Yeoh menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Oscar selepas diumumkan sebagai Pelakon Utama Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Akademi di Los Angeles.

Anak kelahiran Ipoh berusia 61 tahun itu memenangi Oscar menerusi wataknya sebagai sebagai Evelyn Wang dalam filem blockbuster tahun lepas “Everything Everywhere All at Once”, menewaskan Cate Blanchett, Ana de Armas, Andrea Riseborough, dan Michelle Williams.

Secara keseluruhan, beliau menerima 39 pencalonan untuk watak itu, termasuk Anugerah Pilihan Pengkritik Amerika Syarikat dan anugerah Bafta United Kingdom, namun tewas kepada Blanchett bagi kedua-duanya.

Anugerah Oscar ini adalah kemenangan terbaru Yeoh, selepas anugerah SAG dan Golden Globe.

Filem “Everything Everywhere All at Once” turut memenangi anugerah Oscar utama lain, seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Daniel Kwan dan Daniel Scheinert), serta Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik (Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.