
Keputusan tidak rasmi setakat 8 malam tadi menunjukkan Shahrizat mendahului dengan 12 undi berbanding sembilan undi yang diraih Noraini daripada 191 bahagian.
Jawatan ketua Puteri Umno pula menyaksikan Nurul Amal Fauzi mengatasi pesaingnya dengan 35 undi, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Khaidhirah Abu Zahar menyusul dengan 15 undi dan Exco Puteri Umno, Masliha Harun (7 undi).
Adun Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh mendahului saingan jawatan ketua Pemuda Umno dengan 17 undi, manakala jawatan naib ketua Pemuda pula menyaksikan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham meninggalkan tiga pencabarnya dengan 14 undi.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Shahrir Samad dilaporkan berkata, keputusan rasmi pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dijangka diketahui lewat malam ini.