Bersatu mahu cabar keputusan SPRM beku akaun di mahkamah

Bersatu mahu cabar keputusan SPRM beku akaun di mahkamah

Parti itu memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Menurut Bersatu, SPRM ‘menyalahgunakan kuasa’ dengan menjalankan ‘pendakwaan politik’ terpilih terhadap PN.
KUALA LUMPUR:
Bersatu dalam proses mengambil tindakan undang-undang berhubung keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun banknya.

Parti itu memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi semalam, mendakwa keputusan membekukan akaun bank itu “dilakukan dengan niat jahat”.

Bersatu berkata, SPRM “menyalahgunakan kuasa dan proses undang-undang” dengan menjalankan “pemangsaan politik terpilih” terhadap Perikatan Nasional (PN).

Dalam permohonan yang difailkan itu, Bersatu meminta mahkamah menarik balik perintah pembekuan yang dikeluarkan SPRM.

“Bersatu tidak pernah diserahkan dengan sebarang perintah pembekuan,” katanya dalam permohonan tersebut.

“Bersatu hanya menyedari bahawa akaun bank (kami) telah dibekukan apabila beberapa transaksi bank tidak dapat dilakukan.”

Parti itu turut mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi menyalahgunakan kuasa, membawa kepada siasatan SPRM terhadap akaun parti itu.

Bulan lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan beberapa akaun bank milik Bersatu dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap parti itu.

Siasatan itu berhubung dakwaan penyelewengan dana yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM92.5 bilion yang dilaksanakan kerajaan terdahulu pimpinan PN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.