
Katanya, Akta Pertubuhan 1966 merupakan satu akta diluluskan oleh Parlimen dan perkara itu seharusnya diserahkan kembali kepada dewan itu.
“Kalau ada tidak setuju, kena tengok balik dalam Akta Pertubuhan 1966. Itu adalah akta dan ia diluluskan oleh Parlimen.
“Maka kita serahkan balik kepada Parlimen kalau mahu akta itu dipinda,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas video bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberi pengecualian kepada Umno mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu.
Sementara itu merujuk kepada kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN, beliau memberitahu Umno akan mengadakan perbincangan secara dalaman selama tiga hari, bermula malam ini di setiap negeri yang terlibat.
Enam negeri akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.