
Beliau berkata, kejadian yang berlaku ketika waktu melawat itu mungkin akibat salah faham mengenai definisi berpakaian memasuki hospital oleh pengawal keselamatan tersebut.
“Selama ini tidak ada masalah timbul bagi pelawat yang berpakaian sedemikian untuk masuk pada waktu melawat, kecuali pelawat berpakaian mencolok mata tidak dibenarkan masuk untuk melawat.
“Pihak HTAA telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberi kefahaman kepada pengawal keselamatan dan mereka diminta tidak membuat sebarang penguatkuasaan tanpa arahan rasmi hospital,” katanya dalam kenyataan.
Selepas kejadian itu, beliau berkata, tiada lagi masalah dari aspek etika berpakaian.
Beliau mengulas beberapa video tular di media sosial memaparkan pelawat tidak dibenarkan memasuki HTAA kerana berseluar pendek bawah paras lutut.