
Klip video itu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Musa sedang bertengkar dengan seorang wanita.
Menjawab tweet @IzzraifHarzz yang mempersoalkan apa berlaku dalam klip video itu, Musa meminta pengguna Twitter menghormati privasinya.
“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur, Jika ada yang membuat spekulasi akan berdepan tindakan undang-undang,” tulisnya.
Dalam klip video dikongsi pemegang akaun Twitter @makcikbawangmu, seorang wanita berang kedengaran menjerit lelaki menyerupai Musa yang cuba keluar. Seorang kanak-kanak turut kelihatan dalam rakaman video itu.
Musa dilantik sebagai ketua polis negara dari 2006 hingga 2010.