
Beliau berkata, kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti dan mencari penyelesaian sewajarnya.
“Apa yang saya tegaskan kepada pihak SKMM, menjelang Jun ini masalah perkongsian rangkaian dan mutu kualiti capaian internet dapat diselesaikan.
“Melalui perbincangan saya bersama syarikat telekomunikasi, mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama, mungkin perlukan sedikit perbincangan antara mereka. Saya pasti SKMM akan duduk bersama syarikat tersebut untuk berbincang,” katanya.
Fahmi berkata, antara isu yang mengganggu capaian internet lemah adalah liputan menara pemancar selain masalah geografi.
“Coverage (liputan) itu bermaksud ada menara, tapi ada menara dalam bangunan tidak bermaksud ada ada liputan, ada satu lagi masalah kawasan geografi yang mencabar dan komuniti yangg terpencil,” katanya.
Beliau berkata, mungkin penyelesaian dari segi sambungan internet itu juga tidak semestinya hanya dengan pemasangan menara telekomunikasi.
“Inilah sebab isu 30% kawasan penduduk terakhir yang belum dapat connected (dihubungkan).Jadi kita akan isytiharkan akses broadband wireless (jalur lebar tanpa wayar) yang akan guna teknologi seperti satelit dan sebagainya,” katanya.