
Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengemukakan cadangan itu dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.
Beliau memberi contoh kawasannya di Rompin seluas 5,247km persegi lebih besar berbanding Melaka yang hanya berkeluasan 1,650km persegi.
“Ada di antara daerah lebih besar dan ada daerah lebih kecil, tetapi mereka dapat peruntukan sama. iaitu RM100,000. Jadi, saya memohon kalau boleh dipertimbangkan semula kepada daerah besar ini diberikan lebih peruntukan.”
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lalu mengumumkan RM100,000 diperuntukkan kepada setiap daerah bagi menyegerakan penurapan jalan persekutuan rosak serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat.
Bagaimanapun, aktivis jalan raya, Azlan Sani Zawawi yang lebih dikenali sebagai Lando menyifatkan RM100,000 tidak mencukupi kerana ia memerlukan lebih daripada itu untuk mendapatkan hasil berkualiti.
“Peruntukan RM2.7 bilion selenggara jalan, tetapi kenapa hanya RM100,000 diperuntukkan kepada jurutera daerah. Selepas itu, persoalannya adakah ia untuk setiap tahun atau lima tahun sekali
“Bagaimana dengan daerah besar seperti Petaling, Kuala Selangor dan Tanjong Karang, adakah mencukupi?” soalnya.