Kembalikan rokok bebas cukai di Langkawi, Ahli Parlimen PN gesa kerajaan

Kembalikan rokok bebas cukai di Langkawi, Ahli Parlimen PN gesa kerajaan

Suhaimi Abdullah berkata arak bebas cukai tidak memberi manfaat kepada pelancong tempatan di Langkawi.

Rokok dan produk tembakau disenaraikan sebagai barangan kena cukai di semua pulau bebas cukai termasuk Langkawi sejak 1 Jan 2021. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Suhaimi Abdullah menggesa kerajaan membenarkan rokok bebas cukai dijual kembali di Langkawi.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini antara tarikan yang masih ada di pulau pelancongan itu adalah arak bebas cukai.

“Siapa yang mahu datang ke Langkawi untuk minum arak? Mungkin dua atau tiga pelancong asing, tetapi pelancong tempatan tidak mendapat manfaat langsung (daripada arak bebas cukai),” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.

“Jadi saya menggesa kerajaan untuk pertimbangkan semula (keputusan mengeluarkan rokok daripada barangan bebas cukai) supaya ramai yang melawat Langkawi, bukan hanya semata-mata (membeli rokok bebas cukai) tetapi menikmati tarikan yang lain juga,” katanya.

Kata Suhaimi, sebelum ini mereka yang tidak merokok juga akan membeli rokok bebas cukai di pulau itu.

Rokok dan produk tembakau disenaraikan sebagai barangan kena cukai di semua pulau bebas cukai termasuk Labuan, Langkawi dan Tioman dan Pangkor sejak 1 Jan 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.