Ismail masih ketua Umno Bera

Ismail masih ketua Umno Bera

Bekas perdana menteri itu yang tidak mempertahankan jawatan naib presiden Umno, mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon.

Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersalaman dengan ahli Umno di Bera, Pahang sebelum cabutan undi bagi pemilihan Umno bahagian itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ismail Sabri Yaakob kekal mengetuai Umno Bahagian Bera untuk penggal 2023-2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana tiada pertandingan untuk jawatan ketua Umno Bahagian Bera,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, jawatan naib ketua bahagian, ketua dan naib ketua Wanita bahagian, ketua dan naib ketua Pemuda serta naib ketua Puteri bahagian juga menang tanpa bertanding.

“Saya ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon,” katanya yang tidak mempertahankan jawatan naib presiden Umno dalam catatan Facebook.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, beliau tidak mempertahankan jawatan naib presiden bukan kerana merajuk, sebaliknya ia konsisten dengan pendirian semua jawatan dalam parti perlu dipertandingkan.

Dua penyandang jawatan nombor tiga itu, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid akan mempertahankan jawatan mereka, bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, bekas menteri besar Johor, Hasni Mohammad dan Yusof Musa Jamaludin.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan 11 Mac ini, manakala Umno bahagian dan MKT pada 18 Mac nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.