
“Tak apalah itu hak dia untuk merancang dan mengigau,” katanya ketika ditemui di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hadi yang meramalkan kerajaan pimpinannya akan jatuh.
Anwar sebelum itu menunaikan solat Jumaat di Masjid UPM dan makan tengah hari di Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang.
Dalam dialog dengan penerbit buku sebelum ini, Hadi meramalkan kejatuhan kerajaan Anwar, tetapi tidak menjelaskan bagaimana perkara itu akan berlaku.
Kenyataan itu dibuat tidak lama selepas beliau memberitahu Parlimen, keruntuhan yang berlaku tidak akan dipersalahkan kepada pembangkang.
Sementara itu, Anwar berkata sebanyak RM50 juta akan disalurkan segera kepada Johor bagi membantu mangsa banjir dan beliau akan ke sana dalam masa terdekat.
“RM50 juta segera untuk Johor bagi bantu mangsa banjir. Beberapa menteri turun hari ini, esok sebahagian lagi. Saya (turun ke Johor) akan atur dalam masa singkat,” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak RM10 juta peruntukan disalurkan kerajaan pusat bagi membeli peralatan dan bantuan tambahan untuk mangsa banjir di Johor.
Beliau berkata, peruntukan itu untuk menampung keperluan semua daerah terjejas yang mana akan ditambah jika tidak mencukupi.