
Katanya, ini adalah berkait dengan kepentingan awam dan beliau akan memfailkan satu usul mengenai perkara itu di Parlimen.
“Perdana menteri sebelum ini berkata semuanya perlu dilakukan menerusi tender terbuka, namun ia masih diberi kepada hanya satu pengimport,” katanya di Dewan Rakyat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat keputusan mengimport telur ayam dari India langkah sementara untuk memenuhi permintaan.
Baru-baru ini didedahkan syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd adalah pengimport tunggal telur dari India.
Identiti pengimport itu terdedah dalam satu surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Wee Ka Siong.
Syarikat itu menerusi peguamnya S Ravichandaran mendakwa, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Ayer Hitam secara langsung menjejaskan perniagaannya.
Wee yang sering membangkitkan isu bekalan telur ayam, pada minggu lalu membawa telur ayam diimport dari India, telur tempatan dan telur omega untuk membandingkan saiz dan harganya di Dewan Rakyat.