
Beliau berkata, penglibatannya dengan Izham Hashim dalam lembaga pengarah Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) semata-mata untuk mewakili kepentingan kerajaan negeri, bukannya kepentingan peribadi.
“Jadi, tidak timbul konflik berkepentingan dan salah guna kuasa. Saya rasa pihak buat dakwaan itu kurang arif.
“Kami mewakili kerajaan negeri untuk memastikan projek tidak terganggu atau terkurang,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Izham ialah exco infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani Selangor.
Amirudin turut menganggotai lembaga pengarah MBI.
Terdahulu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Shukor Mustaffa membuat laporan polis terhadap Amirudin dan Izham atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung projek bernilai RM700 juta itu.
Shukor mendakwa projek dikenali sebagai Gerbang Maritim Selangor itu diberikan melalui rundingan terus.
Amirudin menyifatkan laporan polis PN itu sekadar “peluru kapur” untuk menyerang kerajaan Selangor.
“Boleh cuba lagi di masa depan,” katanya secara sinis.
Inisiatif Gerbang Maritim Selangor menyaksikan Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang diperluas dan didalamkan.