
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan malam tadi bahawa hujan lebat berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku di kawasan lain di Pahang, iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera; Negeri Sembilan; serta Melaka sehingga Khamis.
Beberapa kawasan lain di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) pula dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap waspada, selain Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) turut diramalkan mengalami cuaca serupa.