
Beliau berkata, jika melaksanakan sistem yang masih dalam kajian itu, industri perumahan akan merudum dan terjejas teruk.
“Kita harus ingat industri perumahan dengan hampir 200 industri, jadi jika terjadi apa-apa kepada industri ini, ekonomi kita akan terjejas dan perkara ini dalam pertimbangan kami,” katanya pada majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling.
Akhir tahun lalu, Nga memaklumkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mencari penyelesaian terhadap 381 projek perumahan swasta yang dikategorikan “sakit”.
Beliau berkata, KPKT memandang serius projek perumahan dikategorikan sakit atau terbengkalai dan jawatankuasa itu ditubuhkan bagi melindungi hak serta kepentingan pembeli rumah.
Dalam perkembangan lain, Nga berkata, KPKT akan menyalurkan elaun khas RM3,000 kepada 357 pasukan bomba sukarela (PBS) di seluruh negara tahun ini.
“Peruntukan itu meningkat 100% tahun ini berbanding RM1,500 pada 2022. Kita akan berikan elaun khas kepada PBS yang berkhidmat secara sukarela tanpa gaji.
“Jika tahun depan ekonomi negara mengizinkan, KPKT akan menimbangkan lagi (jumlah peruntukan ini).”