Hujan lebat berterusan di Sarawak hari ini

Hujan lebat berterusan di Sarawak hari ini

Hujan berterusan tahap waspada turut diramalkan berlaku hari ini di Sabah meliputi kawasan Sandakan dan Kudat, menurut MetMalaysia.

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di Sarawak dan pada tahap waspada di Sabah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sarawak hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan malam tadi memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku hari ini Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku pada Selasa dan Rabu ini di Perak, melibatkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim serta negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya malam tadi memaklumkan agensi berkenaan akan sentiasa melaksanakan pemantauan situasi parameter maklumat teknikal melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.