
Beliau berkata, inisiatif itu antara langkah membantu mengurangkan kesesakan di lapangan terbang terbabit.
“Petang ini akan maklumkan pembukaan semua ‘autogate’ di KLIA untuk warga asing terutama negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei, New Zealand, dan negara G7.
“Sebelum ini untuk rakyat kita sahaja keluar dan tidak (untuk) warga asing. (Ini) dapat kurangkan (kesesakan) sementara ada lagi ikhtiar (akan) susun,” katanya di Dewan Rakyat, mengulas kesesakan di KLIA.
Saifuddin juga akui kesesakan bertambah teruk apabila musim cuti sekolah masa ini terutama waktu kemuncak ketibaan pada 3 petang hingga 11 malam.
“Perlu uruskan dengan baik. Saya akui masalah dan ikhtiar usahakan memaklumkan beberapa langkah (untuk atasi kesesakan),” katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan imigresen mengambil beberapa langkah proaktif bagi mengatasi isu kesesakan serius urusan pasport, termasuk menambah bilangan hari bekerja, iaitu pada Sabtu dan Ahad, khususnya di pejabat pengeluar pasport yang mengalami kesesakan ketara.
Terdapat 20 pejabat yang berdepan kesesakan yang tinggi, iaitu sembilan di Wilayah Persekutuan dan Selangor; lima di Johor; tiga di Perak; dan masing-masing satu di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah, menurut Saifuddin.
Beliau berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi bayaran lebihan masa bekerja.