
“Saya tak tahu berapa peruntukan. Ini ‘good surprise to me’. Ada tambahan tugasan untuk saya.
“Kita akan lihat bagaimana nak laksanakan. Akan buat sidang media khusus,” katanya ketika ditemui di Parlimen selepas pengumuman Belanjawan 2023.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan.
Katanya, Tekun Nasional (Tekun) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta untuk membantu belia dalam kalangan golongan miskin untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.
Loke berkata, peruntukan itu juga dapat membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan.