
“Ini perkara penting dan saya rasa mungkin ramai yang risau,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengumumkan tindakan selanjutnya selepas CSM melengkapkan laporan.
Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 mendedahkan terdapat 1.12 juta cubaan memecah masuk aplikasi tersebut.
Akibatnya, sebanyak tiga juta maklumat pengguna aplikasi MySejahtera diakses secara mencurigakan daripada akaun ‘Super Admin’.
Laporan tersebut menyatakan, Minit Mesyuarat Keselamatan MySejahtera Bil 1 Tahun 2022 mengesahkan cubaan serangan siber dilakukan daripada nombor IP yang sama.
Menurut laporan berkenaan, pihak pembekal perkhidmatan bernombor pendaftaran 700674-U bertindak menyahaktif IP terbabit dan tahap keselamatan aplikasi dipertingkatkan dengan pemasangan ‘Web Application Firewall’ (WAF) dan pemantauan berterusan oleh syarikat berkenaan.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan pengerusi baharu bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka diumum dalam tempoh seminggu.
“Untuk Finas, kita harap mungkin dalam masa terdekat dalam seminggu ni kerana penting bagi Finas perlu dilantik seorang pengerusi bagi jawatankuasa wajib tayang.
“Ini satu aspek yang penting dan akan dipercepatkan,” katanya.
Katanya, beliau telah menandatangani surat pelantikan tersebut dan sedang menunggu ia diproses.