
Pengerusi BN itu berkata, soal pembahagian kerusi juga mula dibincangkan dengan parti dalam kerajaan perpaduan, tetapi belum dimuktamadkan.
Katanya, soal pembahagian kerusi itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat sekretariat parti dalam kerajaan perpaduan.
“Kita akan jalin kerjasama antara parti-parti politik (yang) ada (dalam kerajaan perpaduan).
“Namun, calon-calon BN akan kekal gunakan lambang BN dalam PRN di enam negeri ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
Enam negeri yang perlu mengadakan PRN tahun ini adalah Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor.
Semalam, enam negeri sepakat mempertimbangkan pembubaran DUN pada hujung Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Perkara itu dicapai selepas perbincangan antara enam ketua menteri dan menteri besar, iaitu Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Ahmad Yaakob (Kelantan), Amirudin Shari (Selangor), Sanusi Md Nor (Kedah) dan Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu).