Kerajaan timbang lanjut tempoh sah lesen memandu hingga 10 tahun

Kerajaan timbang lanjut tempoh sah lesen memandu hingga 10 tahun

Lesen memandu kini dibenarkan diperbaharui untuk tempoh maksimum lima tahun.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, kerajaan mungkin menawarkan diskaun kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu mereka hingga 10 tahun.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh sah lesen memandu kepada 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata, kementerian juga mempertimbangkan menawarkan diskaun kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu untuk tempoh selama 10 tahun, bagi menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen dengan tempoh lama.

“Pegawai Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengkaji kebolehlaksanaan cadangan ini” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.

Ketika ini lesen memandu dibenarkan diperbaharui untuk tempoh maksimum lima tahun.

Pada 10 Feb lalu, Loke berkata, kerajaan mahu mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutama untuk lesen motosikal dan lesen memandu.

Kata Loke, lesen memandu digital itu bukan mandatori dan lesen fizikal masih boleh didapati daripada JPJ.

Loke juga mengumumkan kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan.

Bagaimanapun, Loke berkata, kerajaan masih belum memutuskan sama ada mahu menghapuskan penggunaan lesen dan cukai jalan fizikal itu.

Hari ini Loke memberitahu, Kementerian Pengangkutan turut menjalankan kajian penstrukturan semula sistem cukai jalan untuk mengurangkan kos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.