JKM santun 542 kanak-kanak hilang ibu bapa akibat Covid-19, kata menteri

JKM santun 542 kanak-kanak hilang ibu bapa akibat Covid-19, kata menteri

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni mereka bermula Januari hingga Disember 2021 dengan memberi bantuan kewangan, makanan dan sebagainya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata lebih 5,000 orang menjadi yatim piatu ekoran kehilangan ibu bapa akibat pandemik itu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menziarahi 542 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat Covid-19 termasuk yatim piatu sepanjang tahun 2021.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu seramai 39 kanak-kanak itu berada bawah jagaan orang yang layak dan sesuai (OYLS) dan institusi perlindungan yang selamat.

“Berdasarkan data JKM, seramai 542 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat Covid-19, disantuni oleh JKM bermula Januari hingga Disember 2021.

“Mereka diberi bantuan berbentuk kewangan, bakul makanan, khidmat kaunseling serta ditempatkan di institusi kebajikan, dalam memastikan kanak-kanak ini terjaga.

“JKM mengambil langkah dengan menempatkan mereka untuk dijaga oleh OYLS, kebanyakan terdiri waris kanak-kanak tersebut,” katanya ketika usul titah diraja di Dewan Rakyat.

Jelasnya lagi, 32 kanak-kanak ditempat kepada OYLS, enam di pusat jagaan swasta manakala seorang kanak-kanak ditempatkan di institusi JKM.

“Daripada 542 itu, hanya 39 orang memerlukan perlindungan di bawah OYLS serta pusat jagaan,” katanya.

Dalam perkembangan saman, Nancy berkata, berdasarkan laporan media, lebih 5,000 orang menjadi yatim piatu ekoran kehilangan ibu bapa akibat pandemik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.