
Langit kebiruan dan pantai yang sempurna, berkongsi hari tanpa tekanan dengan penuh kegembiraan, ketawa dan berseronok bersama insan tersayang. Dengan musim cuti sekolah sudah tiba, anda mungkin tertanya-tanya cara untuk menjadikan masa bersama keluarga lebih istimewa, pada masa sama anak-anak turut terhibur.
Percutian di tepi pantai yang mengasyikkan mungkin pilihan sempurna, dengan promosi istimewa terbaharu Lexis Hotel Group – “Jualan e-Baucar Holiday Bliss Riang Ria Cuti Sekolah”, anda boleh raikan keluarga dengan penginapan di pinggir laut yang paling ditunggu-tunggu.
Dengan serendah RM230 bersih, anda boleh menempah penginapan 2 hari 1 malam di hotel atau resort Lexis di Port Dickson dan Pulau Pinang bermula sekarang hingga 28 Februari. Tawaran ini berdasarkan “Bilik Sahaja” (untuk bilik terpilih) dan terdapat juga baucar sarapan bernilai hebat pada tawaran istimewa.
Jenama premium dalam industri hospitaliti dan juga pemenang anugerah – Lexis Group Hotel, mempunyai portfolio hotel dan resort eksklusif di Malaysia. Setiap satu adalah tersendiri dan unik – terutamanya vila air yang memecahkan rekod dunia, dengan pengalaman hidup ‘di atas laut’ luar biasa yang mereka tawarkan.
Lexis Hotels and Resorts kini terdiri daripada empat hartanah mesra keluarga dengan dua projek akan datang juga sedang dibangunkan. “Jualan e-Baucar Holiday Bliss Riang Ria Cuti Sekolah” boleh digunakan di keempat-empat pusat peranginan – Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang.

Lexis Port Dickson ialah resort berinspirasikan Bali yang sangat menawan, dengan chalet atas air dan unit menara menghadap seberang Selat Melaka yang mengasyikkan. Chalet atas air yang unik mempunyai panel lantai kaca untuk menikmati pemandangan laut di bawahnya. Dengan promosi istimewa, anda boleh menginap di Bilik Menara Premium dengan hanya RM230 bersih, atau Chalet Air Premium dengan RM330 bersih, beserta baucar sarapan RM25 bersih seorang.

Menawarkan penginapan mewah lima bintang, Grand Lexis Port Dickson ialah syurga pinggir laut dengan vila berinspirasikan Bali beserta kolam renang peribadi, menampilkan kemudahan bertaraf dunia serta dikelilingi kedamaian tropika. Dengan tawaran istimewa ini, anda boleh menikmati penginapan impian di Suite Deluxe dengan harga RM490 bersih, atau Vila Kolam Premium dengan harga RM590 bersih, serta baucar sarapan pada harga RM35 seorang.

Jelmaan kemewahan sebenar lima bintang, Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan pemandangan indah, kemudahan bertaraf antarabangsa dan mewah. Syurga tepi laut ini direka bentuk menyerupai bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya, malah memegang dua rekod dunia Guinness – kolam renang terbanyak dan vila atas air paling banyak dalam satu resort. Setiap vila mempunyai dua katil bersaiz king yang mewah, kolam renang peribadi dan bilik sauna. Semasa promosi istimewa ini, kepuasan maksimum boleh menjadi milik anda dengan hanya RM590 bersih di Vila Sky Pool atau RM690 bersih di Vila Kolam Premium, dengan baucar sarapan pada RM40 bersih seorang.

Lexis Suites Penang ialah resort pinggir laut moden dengan kemudahan bertaraf dunia yang menggabungkan elemen kemewahan dan pesona kontemporari, terletak di tengah-tengah keindahan semula jadi dan tarikan popular. Ia satu-satunya hartanah tepi laut di Pulau Pinang yang mempunyai kolam renang peribadi dan bilik sauna, en-suite. Tawaran promosi Suite Pool Premium hanya RM390 bersih dengan baucar sarapan pada RM35 seorang.
Harga istimewa ini adalah untuk penginapan satu malam bagi dua orang berdasarkan bilik sahaja dan setiap baucar e-bilik boleh digunakan untuk sebarang tempoh penginapan, sah sehingga 1 tahun dari tarikh pembelian.
Setiap baucar e-sarapan adalah untuk satu orang sahaja dan sah untuk satu set sarapan pagi atau bufet sarapan pagi. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Mula tersedia pada 20 Februari, “Jualan e-Baucar Holiday Bliss Riang Ria Cuti Sekolah Lexis Hotel Group” akan tamat pada 11.59 malam 28 Februari. Dengan jumlah baucar terhad ditawarkan, ini adalah masa tepat untuk anda mengambil peluang menikmati percutian keluarga yang mendamaikan di resort Lexis.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan e-baucar anda, layari https://shop.lexis.my/