
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan waris mereka hari ini.
“Langkah itu (babit dalam khidmat komuniti) sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya dalam kenyataan.
Hari ini tular di media sosial video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa merosakkan harta benda sebagai tanda meraikan hari terakhir persekolahan.
Dalam video berdurasi hampir satu minit, beberapa pelajar dilihat merosakkan kerusi, kipas siling, serta pintu tandas sekolah tersebut.
JPN Pulau Pinang turut memohon mana-mana portal berita atau media menyiarkan video itu supaya memadamkannya.
Menurutnya, ini kerana perbuatan mendedahkan identiti pelajar bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.