
Beliau berkata, inisiatif itu sentiasa menjadi sebahagian daripada rancangan kerajaan.
“‘Engagement’ saya dengan pelbagai agensi, termasuk agensi di bawah saya dengan pertubuhan bukan kerajaan telah berlaku seawal saya pijak kaki di KDN (Kementerian Dalam Negeri) lagi,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Menurutnya, beliau sudah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu untuk mendapatkan pandangannya.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyuarakan kebimbangan terhadap kebajikan 36 kanak-kanak ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kanak-kanak serta seorang bayi berusia dua bulan antara 67 pendatang asing tanpa izin dari Indonesia ditahan dalam serbuan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring pada 1 Feb lalu.
Pengerusi Suhakam, Rahmat Mohamad, berkata serbuan itu memberi kesan mendalam terhadap keadaan mental kanak-kanak, justeru Jabatan Imigresen perlu lebih peka terhadap kerentanan dan sensitiviti mereka.
Semalam, Saifuddin dilaporkan berkata, kanak-kanak itu akan dikeluarkan dari depot tahanan terbabit dan diserahkan kepada NGO yang khusus dalam menjaga kebajikan mereka.
Katanya, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan kanak-kanak tersebut, bilangannya dan di mana mereka ditahan.