Maaf, tak sangka Dr M kalah PRU15, kata Ahli Parlimen Langkawi

Maaf, tak sangka Dr M kalah PRU15, kata Ahli Parlimen Langkawi

Calon PN itu berkata jasa bekas perdana menteri akan dikenang.

Suhaimi Abdullah daripada PN memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 13,518 undi, manakala Dr Mahathir Mohamad sekadar meraih 4,566 undi.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah memohon maaf kepada Dr Mahathir Mohamad yang kalah sehingga hilang deposit di kerusi itu pada PRU15.

“Rasa sedih terhadap Mahathir dan tidak sangka Tun akan hilang deposit.

“Saya minta ampun dan maaf kepada Tun. Keputusan parti letak saya di Langkawi dan saya amat sayang kepada Perikatan Nasional (PN) dan presiden saya.

“Budi baik Tun akan dikenang,” katanya ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Pada PRU15, Mahathir yang dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi buat penggal kedua, hilang deposit kerana sekadar meraih 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Suhaimi menang dengan majoriti 13,518 undi.

Calon Pejuang kalah dan hilang deposit di semua 125 kerusi ditandingi mereka pada PRU15. Ia termasuk anak Mahathir, Mukhriz yang tewas di Jerlun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.