Bila nak bentang RUU 355, soal Ahli Parlimen PAS

Bila nak bentang RUU 355, soal Ahli Parlimen PAS

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mendakwa mendapat maklumat Jabatan Peguam Negara sudah meluluskan RUU itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan status RUU 355 selepas ia tidak sempat dibentangkan berikutan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU15.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan digesa memaklumkan status terkini Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan bila ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat kerana mendakwa mendapat maklumat Jabatan Peguam Negara sudah meluluskan RUU itu untuk dibentangkan.

“Saya dimaklumkan RUU 355 yang diusahakan kerajaan terdahulu diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt lepas.

“Apa status RUU ini pada masa ini adakah sudah wujud garis masa jangkaan bila ia akan dibentangkan di Parlimen,” kata ketua Pemuda PAS itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Pada 19 Okt lalu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Idris Ahmad, berkata RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Idris berharap RUU 355 dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan baharu selepas PRU15.

Katanya, secara prinsipnya memorandum mengenai RUU itu dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 26 Ogos lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.