Disyaki seleweng RM75,000, pengerusi pertubuhan belia direman

Disyaki seleweng RM75,000, pengerusi pertubuhan belia direman

Wanita itu disyaki menggunakan jawatannya untuk menggunakan wang milik pertubuhan bagi kegunaan dirinya.

Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka membenarkan pengerusi pertubuhan belia itu direman SPRM selama empat hari. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang pengerusi pertubuhan belia di Johor direman empat hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan.

Perintah reman bermula 11 hingga 14 Feb itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Suzana Mokhtar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, semalam.

Menurut sumber dipetik Bernama, wanita berusia 40-an itu dipercayai bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Melaka, ditahan kira-kira 5 petang Jumaat lalu ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Suspek ditahan kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk menggunakan wang milik pertubuhan itu berjumlah kira-kira RM75,000 untuk kegunaan dirinya sendiri.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.