
Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata perkara itu masih di peringkat kajian.
“Ini membuktikan Sarawak berjaya melebarkan pengaruhnya dan menjalin kerjasama dengan negara lain atas keyakinan mereka terhadap dasar kita,” katanya semasa berucap pada majlis apresiasi Gabungan Parti Sarawak sempena PRU15.
Beliau berkata selain Indonesia, Sarawak akan memperkukuh kerjasama dengan negara jiran lain termasuk Brunei terutama dalam usaha menambah baik jaringan jalan raya.
“Untuk kerjasama dengan Singapura pula, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyokong usaha Sarawak untuk menjual tenaga elektrik kepada republik itu,” katanya.