
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, replika cek itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid.
Penyerahan itu turut disaksikan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.
Selain bantuan kewangan, sumbangan berjumlah RM511,000 diberikan bagi barangan keperluan, peralatan kelengkapan persekolahan dan peralatan pembersihan di beberapa daerah terjejas termasuk Batu Pahat dan Kluang menerusi Program MAIWP-Insani Misi Bantuan Banjir Johor.
Sebanyak lapan daerah terjejas banjir di negeri ini ketika bencana itu melanda, baru-baru ini.