
Mereka berkata demikian selepas Premier Sarawak Abang Johari Openg berharap cadangan skim gaji yang ditambah baik akan menarik lebih ramai rakyat Sarawak, termasuk masyarakat Cina, untuk menyertai perkhidmatan awam negeri.
Noor Farida Ariffin, jurucakap kumpulan bekas penjawat awam kanan G25, berkata gaji rendah bukan satu-satunya faktor yang menghalang masyarakat Cina di seluruh negara daripada menyertai perkhidmatan awam.
“Sebab utama kaum lain tidak berminat untuk menyertai perkhidmatan awam adalah kekurangan peluang untuk kemajuan dan diskriminasi yang dihadapi kebanyakan mereka,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, banyak dilihat golongan bukan Bumiputera yang berkebolehan diatasi “Bumiputera yang kurang berkebolehan dan tidak menunjukkan prestasi baik” untuk kenaikan pangkat.
“Melainkan dan sehingga kerajaan persekutuan dan negeri Sabah dan Sarawak memperkenalkan dan melaksanakan gelanggang yang sama rata, orang Cina dan bukan Bumiputera lain tidak akan tertarik untuk menyertai perkhidmatan awam,” katanya.
Pesara kapten tentera, Wong Ang Peng, berkata masyarakat Cina sedar meritokrasi bukanlah kriteria utama untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.
Walaupun beliau memuji hasrat Abang Johari menambah baik skim gaji agar dapat menarik lebih ramai rakyat Sarawak menyertai perkhidmatan kerajaan, ia tidak mencukupi, katanya.
“Abang Johari dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga harus memastikan jabatan kerajaan dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang berkebolehan untuk menarik lebih ramai orang menyertai mereka,” katanya.
Beliau berkata individu-individu ini mestilah berilmu, berprinsip, adil, tidak prejudis, dan beretika.