
Bomba Pahang berkata kemalangan pada 1.15 tengah hari tadi membabitkan 12 wanita dan dua lelaki.
Komander Operasi, Saufi Zakaria, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kemalangan selepas dimaklumkan mengenai nahas itu.
“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan ‘rescue tools’ sebelum mangsa cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menurut laporan China Press, van itu yang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands hilang kawalan sebelum melanggar tembok penghadang jalan.