
Sambil mengakui gaji penjawat awam ketika ini “terlalu rendah”, Abang Johari berkata, kerajaan negeri sedang merangka skim menaikkan gaji penjawat awam.
“Mereka sedang merangka skim itu bagi meningkatkan gaji lebih tinggi,” katanya lapor The Borneo Post.
“Jika gaji bagus, orang Cina akan sertai kerana mereka sentiasa mencari peluang lebih baik.
“Ketika ini, walaupun kita mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), ia masih sukar menarik mereka menyertai kerajaan disebabkan faktor gaji,” katanya pada majlis makan malam Tahun Baru Cina oleh Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan, dan Serian di Kuching, malam tadi.
Beliau berkata, Transparency International (TI) menyenaraikan negara menawarkan gaji tinggi seperti Finland, Norway dan Singapura sebagai antara 10 negara paling rendah amalan rasuah di dunia.
“Ini kerana pekerja di sana mendapat gaji lumayan dan tabung pencen mereka terjamin untuk masa depan,” katanya.
“Jika gaji rendah, anda tidak boleh menarik pekerja bagus, tetapi jika tawar gaji lebih besar anda akan menarik pekerja berkualiti.”