
Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan, berkata seramai 148 Ahli Parlimen blok pemerintah akan menyertai permukiman di Putrajaya itu, yang diadakan sehari sebelum sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
“Pastinya, soal peruntukan pembangunan akan dibangkitkan sewaktu sesi pemukiman yang dahulunya disebut sebagai sesi taklimat.
“Kali ini sesinya lebih panjang,” katanya menurut Sinar Harian.
Awal hari ini, Ahli Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, bimbang pengurangan peruntukan pembangunan itu akan menjejaskan kualiti khidmat dan bantuan kerajaan, terutama di pedalaman.
Katanya, kawasan Parlimen dan DUN di pedalaman Sarawak amat bergantung kepada peruntukan itu.
Anwar pada Jumaat mengesahkan pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.
Anwar berkata pengurangan elaun itu bertujuan mengawal kewangan negara dan dilaksanakan secara berperingkat.
“Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta pegawai pembangunan negeri disebabkan kekangan ekonomi,” katanya.
Bagaimanapun, kerajaan mempertimbangkan penyaluran peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak, seperti baik pulih prasarana.