Hujan berterusan diramal di 4 negeri

Hujan berterusan diramal di 4 negeri

Amaran itu dikeluarkan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga esok. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Kuantan manakala hujan berterusan tahap buruk pula diramalkan berlaku di Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Terengganu iaitu Kemaman, selain Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi daerah Jempol, Negeri Sembilan, dan beberapa kawasan di Johor iaitu Segamat, Kluang Mersing dan Kota Tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.