
Beliau juga menghargai segala komitmen SDP memperkasakan aspek kesejahteraan pekerja selaras ketetapan digariskan di bawah undang-undang perburuhan serta instrumen antarabangsa seliaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“(Pihak) kementerian amat berpegang teguh kepada prinsip bahawa sebarang bentuk penindasan atau eksploitasi tidak boleh dikompromi dan kementerian juga telah mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman tegas,” katanya dalam kenyataan.
Pada Disember 2020, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (US CBP) mengeluarkan WRO terhadap produk SDP susulan tuduhan penggunaan buruh paksa, sekali gus mengenakan sekatan import melibatkan produk syarikat itu ke Amerika Syarikat.
Perintah itu dikeluarkan selepas CBP berdasarkan maklumat yang “secara munasabah” menunjukkan kewujudan kesemua 11 penunjuk buruh paksa ILO dalam proses pengeluaran SDP.
Penunjuk itu melibatkan sekatan pergerakan, keganasan fizikal dan seksual, ugutan dan ancaman, penahanan dokumen pengenalan diri, menahan gaji dan kerja lebih masa berlebihan.
Pada April tahun lalu, SDP menghantar laporan kepada CBP dengan hasrat WRO ditarik balik.
Pada 31 Jan, CBP memutuskan produk minyak sawit dikeluarkan SDP tidak lagi menggunakan buruh paksa.